inovasi teknologi nano oleh seorang saintis Jerman kini membantu mereka yang sakit kronik dan juga 'sakit poket'..
Thursday, March 11, 2010
Wednesday, March 10, 2010
APA ITU BIO DISC?
Satu teknologi komersil yang menggunakan kristal untuk mentenagakan cecair. Boleh didapati di pusat-pusat kesihatan dan spa semenjak 15 tahun yang lepas. Sekarang dengan teknologi dari Malaysia, kaca – mineral/kristal dikecilkan kepada 1/1 000 000 000 (billion) daripada saiz asalnya iaitu teknologi nano. Dengan dipanaskan pada suhu tinggi, ia dilakurkan ke dalam kaca berbentuk cakera yang dapat dimuatkan ke atas tapak tangan. Bio Disc adalah alat untuk menjana tenaga semulajadi yang mengeluarkan gelombang tenaga SCALAR yang tidak mempunyai sebarang kesan sampingan.
Tenaga yang dijana adalah khusus untuk memperbaiki dan menyegarkan struktur molekul/zarah dalam cecair. Struktur molekul ini menyebabkan semua cecair menjadi lebih terhidrat, rasa lebih sedap, air akan mendidih dengan lebih cepat dan memanjangkan usia hayatnya.
Bio Disc memancarkan Gelombang Beta yang mana ia mengharmonikan dan menjadikan gelombang sel-sel badan kita kembali normal (penerangan contoh-contoh tenaga yang lain adalah seperti kesan magnet ke atas logam yang tertarik kepada magnet, X-ray ke atas negatif filem untuk mendapatkan gambar).
Fokus kepada 3 kaedah iaitu:-
1) Air – Berputar, gema, gelombang, memberi tenaga, kelompok-kelompok zarah.
Bio Disc memperbaiki putaran, gema, gelombang air, mengurangkan saiz kelompok zarah air kepada lebih kecil (mikro) dan memperbaharui zarah-zarah air. Di dalam kristal rantaian zarah air adalah dalam formasi dan gelombang yang normal. Ia memastikan penyerapan ke dalam sel adalah optimum iaitu membawa oksigen, ubat-ubatan dan vitamin kepada sel-sel pada tahap zarah. (Cuba letakkan lemon, sos soya, garam, vodka di atas cakera selama 20 minit untuk menunjukkan kesan Bio Disc keatas cecair)
2) Cahaya – FAR Infrared (dari spectrum cahaya) apabila dihalakan melalui Bio Disc akan mengeluarkan endorphins dalam sel-sel (penahan sakit semulajadi).
3) Esmog – Disebabkan oleh semua bentuk alatan-alatan elektrik, talipon tanpa wayar,
komputer (boleh layari internet untuk mengetahui lebih lanjut tentang Esmog). Boleh menyebabkan kesan cranial (ke atas otak), sakit kepala, kelesuan, kesan visceral (ke atas organ badan). Belum dapat ditentukan lagi tetapi kelemahan ke atas otot-otot dapat ditunjukkan. Di barat banyak alat boleh didapati untuk mengesan dan mengurangkan Esmog (buat uji kaji hand phone). Bio Disc memperbaharui gelombang sel-sel kita kepada normal dan membuang kesan Esmog.
IA DIPERBUAT DARIPADA APA?
• Diperbuat daripada 13 mineral semulajadi yang direka cipta dan dihasilkan secara teknikal.
• Mineral-mineral ini dihubungkan secara berstruktur pada tahap molekul oleh proses pelakuran NANO dengan menggunakan kaedah pelakuran haba-tinggi.
• Kombinasi mineral dan teknik pelakuran ini menghasilkan penukaran pemangkin tenaga yang dikenali sebagai “Tenaga Scalar”.
• Teknologi abad ke 21 membangunkan gelombang secara semulajadi yang tahan lama yang boleh dipindahkan ke mana-mana cecair, memperbaharui struktur rantaian semulajadi molekulnya.
BAGAIMANA TENAGA DIPINDAHKAN KE AIR DENGAN MENGGUNAKAN BIO DISC?
• Tenaga yang diputarkan arah lawan jam masuk ke dalam cecair.
• Atau cecair boleh dituangkan ke atas Bio Disc di mana cecair akan “mengambil” gelombang.
• Gelombang yang dihasilkan adalah mirip kepada yang ditemui di serata kolam air panas di seluruh dunia.
FAEDAH-FAEDAH BIO DISC
1. Memberi tenaga kepada air minuman.
2. Memaksimumkan pengambilan zat-zat.
3. Memperbaiki rasa. Menjadikan makanan dan minuman lebih sedap.
4. Membantu mendapat tidur yang baik.
5. Memanjangkan jangka hayat cecair.
6. Meningkatkan kesihatan.
7. Meningkatkan sistem pertahanan badan.
8. Menyegarkan sel-sel mati
9. Meningkatkan tahap oksigen di dalam darah.
10. Mengurangkan tahap stress.
11. Meminum air tenaga bio disc membantu anda membuang toksik dan menjaga sel-sel tubuh.
12. Memberikan kesan positif dan membuang kesan negatif. ]
13. Mengunci molekul klorin.
Sebelum dirawat dan Selepas dirawat menggunakan Biodisc
Antara Penyakit-penyakit yang berjaya dirawat menggunakan Biodisc adalah seperti berikut:
Kencing Manis
Darah Tinggi
Gout
Migrain
Lupus
Kanser
Batu Karang
Asma
Gastrik
Lenguh Sendi
Sakit/Lenguh Tengkuk
SIS (Ketumbuhan dalam rahim)
Penyakit Kulit
... Dan macam-macam lagi penyakit yang boleh dirawat. Menggunakan Biodisc ini adalah salah satu alternatif atau usaha kita dalam mencari ubat atau penyembuh penyakit... Jangan salah tafsirkan bahawa Biodis ini adalah penyembuh penyakit, ia adalah satu usaha kita dan usaha ini akan ditentukan olehNya... bagi mereka yang tidak mempercayai bahawa biodisc ini mampu merawat penyakit diatas, hubungi kami untuk merasai perubahan yang boleh saya katakan serta merta (on the spot)...
BAGAIMANA MENGGUNAKAN BIO DISC?
• Letakkan di dalam peti sejuk untuk memberikan tenaga kepada semua bahan makanan untuk pengambilan zat-zat yang lebih baik.
• Letakkan di dalam botol minuman semalam untuk mentenagakan air.
• Letakkan di bawah katil untuk memperbaiki tidur.
• Letakkan di dalam air mandian untuk memperbaiki tenaga di dalam badan.
• Bawa ke mana-mana sahaja untuk menghalang “jet lag” dan meningkatkan tahap tenaga.
• Letakkan di dalam tangki akuarium untuk membuatkan ikan lebih bertenaga.
SOALAN-SOALAN YANG SERING DITANYA TENTANG BIO DISC
1. Apakah itu Bio Disc?
• Bio Disc adalah alat untuk menghasilkan tenaga semulajadi. Tenaga yang dihasilkan bertujuan untuk membaiki dan menyegarkan struktur molekul cecair. Penstrukturan semula molekul ini menjadikan cecair lebih hidrat, lebih sedap dan jangka hayat lebih lama. Bila diletakkan di dalam peti sejuk, gelombang tenaga Bio Disc akan menyerapi semua bentuk cecair, daging, sayuran dan buah-buahan dan menjadikan ia lebih sedap dan tahan lama. Rantaian molekul yang baru ini adalah mirip kepada rantaian air panas semuladi. Seperti sayuran dan buah-buahan, badan kita secara perlahan-lahan akan hilang rantaian molekul apabila usia meningkat. Tetapi molekul ini dapat disatukan semula atau ditenagakan untuk menjadi lebih bertenaga dengan menggunakan Bio Disc. Ciri-ciri air hidrat adalah sangat penting untuk kesihatan. Penstrukturan molekul-molekul air menambah pengaliran oksigen di dalam darah, membuang toksik, meningkatkan pembuangan toksik oleh hati dan meningkatkan pengambilan zat-zat oleh badan. Tenaga semulajadi dari Bio Disc dapat memperbaiki corak tidur apabila diletakkan di bawah katil dan menambahbaiki tenaga positif CHI dalam badan apabila dipakai atau diletakkan di dalam beg. Ia juga diketahui dapat menghilangkan kesakitan apabila sinaran matahari dipancarkan melaluinya.
2. Ia diperbuat daripada apa?
• Ia diperbuat daripada mineral-mineral semulajadi dengan direka cipta secara pelakuran teknikal dan digabungkan secara berstruktur pada tahap molekul, dengan menggunakan beberapa kaedah pelakuran haba-tinggi. Kombinasi mineral-mineral dan teknik pelakuran ini mencetuskan penukaran tenaga bermangkin yang menghasilkan gelombang semulajadi yang tahan lama. Gelombang ini dapat dipindahkan ke dalam mana-mana cecair untuk memperbaharui rantaian molekulnya.
3. Bagaimana Ia Berfungsi?
• Gelombang irama “Beta” yang berpusing dalam arah lawan jam dan juga seperti gelombang tenaga yang lain, boleh mempengaruhi objek-objek kaku. Sebagai contoh objek logam dan X-ray boleh mempengaruhi gulungan filem. Seperti juga gelombang beta pada gelombang dan kelajuan yang betul akan mempengaruhi cecair.
4. Apakah Jenis-jenis Mineral Yang Ada Pada Bio Disc? Berapa Jumlah Mereka?
• Badan kaca bio disc mengandungi 13 mineral yang tersimpan di situ. Dengan menggunakan teknik pelakuran haba-tinggi yang direka cipta secara teknikal. Setiap butiran mineral mempunyai bentuk dan saiz tersendiri yang dicampurkan dengan mineral yang lain melalui proses penukaran bermangkin yang menghasilkan gelombang yang berputar yang dipanggil tenaga CHI.
5. Bagaimanakah Tenaga Dipindahkan ke air dengan menggunakan Bio Disc?
• Tenaga dalam Bio Disc yang berputar arah lawan jam memasuki ke dalam cecair apabila dituangkan ke atas Bio Disc di mana cecair akan mendapat gelombang. Gelombang yang dijana adalah mirip yang didapati di dalam bumi di sekitar kebanyakan kolam air panas. Pada masa ini saintis masih belum dapat memahami bagaimana cecair berkelakuan berlainan dan positif di dalam medan tenaga. Banyak kajian yang dilakukan sekarang tertumpu kepada ini kerana 70% daripada tubuh manusia dalah air. Adalah penting untuk menyuburkan tubuh kita dengan struktur air yang betul.
6. Adakah Bio Disc mempunyai tarikh luput?
• Kita menjangkakan tenaga Bio Disc dapat bertahan selama 15 tahun. Kerana ujian asal yang dilakukan ke atas unit-unit Bio Disc yang dibuat 5 tahun dahulu sebelum dipasarkan menunjukkan tahap tenaganya meningkat. Tidak seperti magnet, gelombang ini tidak dipengaruhi oleh tarikan graviti bumi.
7. Apakah kesan selepas tarikh luput?
• Apabila ia tidak berfunsi, ia tidak berupaya untuk menukarkan cecair atau buah-buahan. Sila rujuk soalan 9 untuk menguji tahap tenaga bio disc anda.
8. Di manakah bukti yang mengatakan Bio Disc menukar air kepada air tenaga (energise water)?
• Terdapat pelbagai cara untuk menguji tahap tenaga semasa yang positif dan berkesan.
a) Menggunakan alat pengukur tenaga benda hidup. Yang terbaik dan selalu digunakan secara komersil adalah mesin Prognos dan Medec.
b) Cara mudah ialah dengan menggunakan deria rasa, penglihatan dan juga sensor2 sensetif badan. Cara tersebut seperti:-
• Buatkan hirisan lemon atau limau nipis.
• Letakkan hirisan tadi di atas Bio Disc.
• Letakkan beberapa hirisan lagi di tempat lain jauh melebihi 5 meter dari Bio Disc.
• Biarkan selama 20 minit
• Selepas 20 minit lihat struktur hirisan tersebut.
• Rasa hirisan yang diletakkan di atas Bio Disc; rasanya lebih segar dan kurang berasid (masam) dan lebih manis daripada hirisan yang tidak diletakkan di atas Bio Disc.
9. Bagaimana anda tahu ia sebenarnya bertukar kepada cecair bertenaga?
• Lakukan ujian yang sama dengan menggunakan “air tenaga” yang kamu buat dengan meletaknya di atas Bio Disc semalaman. Tuangkan air ke dalam 4 gelas dan letakkan hirisan lemon/limau nipis ditengah-tengah 4 gelas tadi. Biarkan selama 20 minit dan lakukan ujian yang sama seperti soalan 8.
10. Adakah teknologi bio anda ke atas Bio Disc mendapat pengiktirafan dan kelulusan dari badan-badan antarabangsa seperti FDA?
• Penciptaan Bio Disc adalah berdasarkan fakta-fakta dan *teori fizik kuantum. Setakat ini tidak diketahui tentang ujian dan kelulusan oleh badan-badan kerana sains ini terlalu maju berbanding teknologi semasa. Apa yang boleh kita katakan ialah Bio Disc tidak mempunyai elemen radioaktif yang membahayakan tubuh badan. Ia mengandungi potassium yang digunakan untuk fungsi sistem saraf, jantung dan otak. Semua ujian-ujian yang dijalankan setakat ini yang menggunakan mesin Prognos dan Medec membuktikan tubuh badan menjadi bertambah sihat dengan hanya meminum air yang diletakkan di atas Bio Disc. Dalam perubatan tradisional Cina, Bio Disc dibuktikan bernilai sebagai alat kesihatan kerana keseimbangan di dalam *Ying dan Yang.
11. Adakah anda mempunyai keputusan ujian makmal yang membuktikan Bio Disc ini berkesan?
• Banyak ujian-ujian dan keputusan yang dibuat dan didapati dengan mengunakan mesin Medec dan Prognos
12. Berapa jauh tenaga ini boleh dipindahkan?
• Medan tenaga ini dapat diukur sehingga 70 meter menegak dan 20 meter mendatar
13. Berapa luaskah liputan medan ini?
• Keberkesanan medan untuk pertukaran/pemindahan adalah 5 meter persegi.
14. Bagaimana ia digunakan untuk memperbaiki tidur? Apakah yang patut dilakukan?
• Gangguan tidur disebabkan oleh pelbagai faktor. Salah satu penyebab tidak mendapat tidur yang nyenyak ialah ESmog. ESmog adalah gelombang yang mirip seperti telefon bimbit, yang dihasilkan daripada kabel elektronik di dalam dinding dan siling. Dengan meletakkan Bio Disc di bawah tengah-tengah katil (di atas lantai di tengah-tengah antara 4 kaki) gelombang sederhana daripada Bio Disc akan membuang kesan E-Smog dari dalam badan.
15. Bolehkah saya menggunakan Bio Disc untuk menyembuhkan sakit lutut dan Gout? Bagaimana caranya?
• Kesakitan berulang di sebabkan oleh pelbagai faktor. Radang/bengkak boleh menjadi penyebab kepada kesihatan. Dengan meminum air tenaga Bio Disc, ia akan membuangkan kesan toksin di dalam badan dan akan mengurangkan bengkak serta kesakitan. Dengan memegang Bio Disc ke arah cahaya matahari atau lampu suluh akan menyebabkan tumpuan cahaya. Ini diketahui dapat menghilangkan kesakitan. Dengan meletakkan Bio Disc di mana cahaya matahari dapat dibiaskan (logo Bio Disc menghala ke badan). Tidak perlu untuk menanggalkan pakaian atau kasut kerana sinar matahari ini dapat menembusi semua permukaan. Putarkan Bio Disc ke arah lawan jam ketika sinar matahari/lampu suluh di pancar melaluinya. Teruskan perbuatan ini selama 15 minit. Jika kesakitan tidak hilang, sila dapatkan nasihat doktor.
16. Bagaimana ia digunakan untuk menguraikan air berklorin?
• Sementara klorin diketahui ada kebaikannya, ia juga diketahui membunuh kehidupan. Ikan dan tumbuh-tumbuhan tidak dapat hidup jika ada klorin dan ia telah diharamkan di Jerman untuk digunakan di dalam air minuman untuk beberapa tahun. Jika sumber air anda mempunyai klorin, anda boleh meletakkan sebotol air yang berklorin tersebut semalaman di atas Bio Disc. Struktur molekul air yang baru akan menghilangkan bau dan rasa klorin tetapi klorin masih lagi berkesan. Tetapi dalam hal ini ikan dan tumbuh-tumbuhan dapat hidup dalam air ini.
17. Bagaimana ia meningkatkan kadar oksigen di dalam air?
• Tiada ujian jelas menunjukkan peningkatan kadar oksigen terurai di dalam air. Walau bagaimanapun struktur molekul air yang baru “mengunci molekul oksigen pada tahap sel-sel”. Ini dapat dikatakan apabila seseorang meminum air ini, sel badan dapat dengan mudah menyerap oksigen di dalam air. Ini dengan mudah dapat dikesan oleh ujian sampel darah atau mesin Prognos, tidak seperti air beroksigen yang dikeluarkan di mana kebanyakan oksigen diurai oleh asid-asid perut.
18. Bagaimana ia menukar rasa makanan dan minuman di dalam peti sejuk?
• Struktur molekul badan (DNA) dapat “dihubungkan” dengan struktur molekul bioteknologi cecair melalui deria rasa lidah. Daripada perlu untuk merasa setiap bahagian cecair, deria rasa lidah hanya akan memilih untuk merasa mana yang mereka suka.
19. Bagaimana ia mencegah “jetlag”?
• Semakin cair cecair, organ badan akan mudah untuk menyerap air dan meningkatkan kelembapan. Struktur semulajadi molekul terdiri dari beribu-ribu kelompok molekul. Organ-organ badan boleh dilembabkan dan menyerap cecair dengan lebih mudah. Tambahan pula, ketegangan permukaan air telah dibuang (biofilem) untuk menambahkan lagi kesan kelembapan. Peningkatan potensi oksigen - peningkatan oksigen di dalam sel darah akan meningkatkan tahap tenaga. Struktur semulajadi molekul akan mengunci oksigen dan gas-gas lain di dalam cecair dan menjadi penahan “kuantum”. Gas-gas ini tidak boleh menjadi wap kerana ia adalah sebahagian daripada cecair. Dengan ini membolehkan DNA badan menyerap kadar oksigen dengan lebih tinggi berbanding cecair lain.
20. Apakah lagi kelebihan Bio Disc selain daripada di atas?
• Badan menjadi lebih bertenaga apabila mandi menggunakan air Bio Disc. Badan akan menyerap air tenaga Bio Disc melalui kulit. Kesan dari kepala hingga ke kaki seseorang itu akan berasa positif dan bersemangat sepanjang hari apabila mandi menggunakan Bio Disc.
• Gosokkan rokok di atas Bio Disc. Rasakan rokok akan rasa lebih sedap dan mengurangkan rasa tekak terbakar.
21. Apakah perbezaan dia antara Bio Disc dengan Sistem Rawatan Air Ozon, Sistem Rawatan Air Diamond dan Air Beroksigen?
• Sistem yang disebutkan di atas adalah sistem penapisan yang mana membersih dan menyahkuman air. Bio Disc tidak melakukan kedua-dua ini. Ia hanya menambah tenaga positif ke air minuman yang kita pilih. Ia boleh dibuat sebanyak atau sedikit yang dikehendaki. Bio Disc juga memberi kesan positif kepada makanan dan minuman.
22. Apakah perbezaan Bio Disc dengan produk-produk yang lain seperti magnet dan disc seramik?
• Bio magnet adalat alat/cara lama yang kadangkala mempunyai kesan, kadangkalanya tidak. Perubahan ini adalah disebabkan bumi ini adalah medan bio magnet yang terbesar dan bergantung di mana anda berada medan magnet bumi akan mengatasi kesan pengaruh setempat medan magnet. Alat ini TIDAK mewujudkan struktur moleikul/zarah tetapi menghimpun molekul bersama-sama. Jadi sedikit perbezaan rasa dapat dikesan sekali sekala.
• Disc seramik – diperbuat dari debu seramik yang dihancurkan berulang kali dengan tahap radiasi yang rendah. Satu teknik yang lama untuk menyerap e-smog. Ini adalah satu-satunya fungsi alat ini. Apabila “penuh” ia tidak akan berfungsi dan tidak berupaya untuk menyerap e-smog lagi.
• Tidak seperti Bio Disc yang membauang e-smog, menambah struktur rantaian molekul/zarah, melembutkan cecair, mengubah rasa, menguatkan keseimbangan badan dan boleh digunakan dengan lampu suluh led untuk menghasilkan tenaga scalar.
Subscribe to:
Posts (Atom)